KOLEKSI LAGU PUISI

LAGU PUISI 1 : ANGGERIK

Anggerik bunga idaman,anggerik bunga idaman,anggerik bunga idaman,anggerik.(ulang sekali lagi).
Anggerik bunga idaman. Kuntum mu menawan. Warna mu gemerlapan,warna mu gemerlapan.
Merah benderang,biru menyejukkan. Oren menceriakan. Putih tulus suci.
Anggerik bunga idaman.Anggerik bunga idaman.Anggerik bunga idaman.Anggerik bunga idaman (ulang sekali lagi)
Anggerik bunga idaman. Disetangkai anggerik. Terangkai seribu.
Seribu impian. Seribu harapan. Suatu detik nanti. Anggerik kan di miliki.
Anggerik bunga idaman. Anggerik bunga idaman. Anggerik bunga idaman. Anggerik bunga idaman.(ulang sekali lagi)
Anggerik bunga idaman. Mengelamun sang kumbang. Bermimpi sang lebah.besiulan sang kupu-kupu. Semuanya mengharap. Semuanya berusaha. Melamar kembang anggerik.
Anggerik bunga idaman,anggerik bunga idaman,
Anggerik.  Bungaaa. Idaman..........

Emraz 10.1.2014/Sering.


LAGU PUISI 2 : BUAYA

Dengarlah ini hai satu cerita.
Cerita naga dengan buaya
Naga mengidam daging buaya.
Rasanya enak hai manis pula.
Hai naga.....hai buaya ( 2 kali )
Buaya mengidam paha sang naga.
Dagingnya pejal hai lemak pula.
Meleleh liur,liur buaya.
Lihat paha,paha sang naga.
Hai buaya..hai naga...
Wahai anak anak,jangan percaya.
Cerita ini auta belaka.
Buat menghibur hati yang lara.
Hati duka jadi gembira.
Hai anak,hai anak
Hai anak,jangan percaya.


LAGU PUISI 3 : HUJAN

Hujan, turunlah,sirami,alam ini
Oho hujan...wou...wou...turunlah
Ku menanti siraman mu.
Menyegarkan hidup ini (ulang (1_3)
Hadirmu hujan,menghidupkan bumi.
Hadirmu hujan menyuburkan tumbuhan.
Hadirmu hujan menghilangkan kepanasan (ulang _3 )
Dunia dan hujan intim hubungan.
Tak mungkin terpisahkan.
Dunia kekeringan,tanpa hujan ia kan gersang.
Chorus
Ulang semula dari rangkap 1 hingga akhir.


LAGU PUISI 4 : INDAHNYA PANTAI KITA

Indahnya pemandangan (2x)
dipantai kita (2x)
laut terbentang,ombak bergelombang.
angin sepoi bertiup lembut,bertiup lembut.
Indahnya pantai kita (2x)
Marilah bersama,menjamu mata.
lihat alam yang ceria.
ceria,ceria,ceria...
Sungguh indah pemandangan dipantai kita,dipantai kita.
Perahu nelayan terumbang ambing menari nari
menari nari,menari.
ikut rentak,gerak ombak
menari nari,menari nari,menari nari.

Nun disana,ditengah lautan.
kapal pedagang dalam pelayaran
bawa muatan arungi gelombang.
tuju arah timur barat,utara selatan.(2x)

Indahnya pemandangan dipantai kita,
dipantai kita,dipantai kita.
perahu nelayan terumbang ambing.
menari nari,menari nari,menari nari,menari nari..


LAGU PUISI 5 : KALAU MENCARI TEMPAT BERTEDUH

Kalau mencari tempat berteduh. Carilah pepohonan yang merendang.
Di situ dilindungi bebayang daunan.Pancaran mentari telah ditempiaskan.
Kalau mencari sebuah kejayaan,janganlah lupa tentukan matlamat.
Rancangkan perjalanan. Usaha berterusan.Arahnya pastikan jelas,
Usaha berpanduan.
Ramainya insan selalu berangan. Inginkan jaya di puncak gemilang,
Tetapi dirinya tidak berpanduan. Minda yang terbuka sengaja ditutupkan.
Fikiran kreatif sengaja dibekukan. Kawan disebelah,yang sama lemah,kini berjaya.
Setelah berusaha,tak bisa dicontohi.Tak ingin diteladani.
Maka hanyutlah diri sendiri. Dibawa arus kegagalan
Berpanjangan.


LAGU PUISI 6 : KU INGIN HIDUP BAHAGIA

Ku inginkan hidup bahagia.
Ku berusaha tak kira masa.
Setiap saat sangat berharga.
Bila terlepas rugi selamanya (ulang 1_4)
Setiap kerja perlu dikira.
Buat perancangan sehabis daya.
Bulan depan periksa datang.
Hari ini ku buat persiapan.
Kerja rumah ku bereskan.
Menjawab soalan tak ku tinggalkan (ulang1_4)
Setiap petang aku dipadang.
Berlatih bersama kawan kawan.
Bermain bola untuk perlawanan
Dapat sijil buat bekalan.(ulang 1_4)
Dihujung minggu kawan bertandang.
Si Mamat, Semail, Zainal dan Awang.
Kami berbincang sampai kepetang.
Siapkan kerja rumah tanpa bosan.


LAGU PUISI 7 : LUPAKAN CERITA LAMA

Lupakan Saja.Lupakan Saja.
Lupakan Saja Cerita Lama
Kita Bicara.Kita Bicara Kisah Yang Baru.(Ulang1.4)
Cerita Lama Jadikan Ingatan.
Cerita Lama Jadikan Panduan.
Cerita Lama Itulah Pengalaman.
Cerita Lama Sarat Pengertian.(Ulang 1.4)
Kisah Yang Baru.Kisah Yang Baru.
Kisah Yang Baru Penuh Perancangan.
Kisah Yang Baru Berbunga Harapan.
Kisah Yang Baru Menuju Gemilang.
(Ulang1.4)


LAGU PUISI 8 : NASYID : SALAMKU MENABUR RAHMAT


Salam itu kalam Ilahi, Kalam Ilahii.Wahyu diturunkan, diturunkannn
Kepada Nabi, Kepada Nabii. Taburkan Benih Ungkapan Salam, Ungkapan Salam,
Diladang Bibir Warga Insan. Diladang Bibir Warga Insannn..
Ucapan Salam Suatu Doa, Memohon Sejahtera Melimpahi Semua,
Amat Beruntong Dunia, Dihuni  Warga Yang Selalu Mendoa..
Sejahtera Buat Semua,
Buat Semuaaa..
Insan Terdidik Menyemai Budi, Menyemai Budi.Menghulur Sumbangan Dengan
Wang Ringgit. Mencurahkan Bakti Dengan, Minda Bestari, Minda Bestariii.
Salam Menyambung Warisan Perjuangan, Warisan Perjuangan. Pusaka
Tinggalan Insan Kesayangan. Nabi Muhammad Yang Amat
Dirinduiii. Dirinduiii. Kekasih Sejati.Kekasih Sejati....
Semoga Di akhirat Nanti, Diakhirat Nanti. Tertunai Segala Janji....


LAGU PUISI 9 : KASIH AYAH

Indah, sungguh indah,panorama,di waktu senja.
(Ulang semula
Cahaya yang kekuningan,mulai menghilang. 
Suasana suram,kian terasa.
(Ulang baris 1 )
Pada sepohon beringin yang merimbun.
Terdengar suara decitan anak.
Menanti, oh..men anti ( 2x ).
Kepulangan ayah.
Membawa habuan.....
(Ulang 1 )
Begitulah jerih ayah.
Bekerja, membanting tulang.
Dari pagi hingga lewat senja.
Buat menyara keluarga.
(Ulang 1 )
Ooh tuhanku .
Bersyukur daku padamu
Kau celikkan daya fikirku
Kau insafkan diriku
Suatu garis nanti
Akan Ku balas jasa ayah.
Akan Ku belai, kasih ayah.
Selamanya,selamanya,selamanya.

LAGU PUISI 10 : BURUNG YANG GIRANG

Pagi nan dingin, kabus memutih.
Burong berkicau tiada Henti,alunan bersilih.
Suara beburong beraneka siulan.
Irama berbeza,alunan dikumandang.
Damai tenteram dipinggiran hutan.
Kecapi indah panorama alam.
Menghayati megah, kehidupan burong yang girang.
Kabus menghilang dihujung pagi.
Suria menyinar semakin meninggi.
Dingin menghilang,panas membahang.
Namun sang burong semakin girang.
Riang berterbangan sambil bersiulan.
Itulah nilai sebuah kebebasan.
Hidup dialam losing gangguan.
Riang berpanjangan.

LAGU PUISI 11: AYU SEMAKIN AYU

Cerah mentari sinar kekuningan.
Kilau gemilau sungguh ceria,
Ayu....
Tiada kalimah dari desiran lidah,hamba pemujamu,
Yang sekian lama ,
Bertenggek Dan bernaung dibawah bayang teduhan mu,
Biarku memuji, dan melafazkan hakikat.
Bahawa kau semakin ayu.
Chorus
Ibarat garis ESA,yang bergelumang Lumpur sawah bendang
Sinar keayuan mu,terus dihijab tebal,dibawah palitan lumpur..
Tidak terduga, Putera Raja,dapat menterjemah.
Ayu wajah mu.
Bingung Sang Maharaja,Paduka ayahanda.
Bingung....
Nyata sekali, jauhari..
Mengenal manikam.
Dengan mandian,haruman bunga.
Sonar keayuan my
Semakin mempamirkan wajah.
Kini Sang Jejaka,yang sering meludah.mencemuh.
Semakin menggigit jari.
Kau semakin ayu.semakin ayu.......

LAGU PUISI 12 : SENJA INDAH DI PINGGIR PANTAI

Senja yang suram. Angin bertiup lembut. Langit kian kelam.
Cahaya merah semakin menghilang.
Indah sungguh suasana senja dipinggiran pantai.
Keindahan sukar digambar didalam penceritaan.
Hanyalah perasaan dapat menyimpulkan.
Kalau terluang masa yang mendatang.
Di musim percutian,fikirkan bersama luahkan impian.
Bersantai,berpeleseran,menghirup kedamaian dan keindahan pinggiran pantai tempat percutian bersama ibu,bersama ayah,bersama keluarga.
Menikmati keindahan alam.
Chorus
Pantai peranginan tumbuh bertebaran.
Bilik penginapan cukup kelengkapan,semuanya berpatutan,tidak membebankan.Pastinya didalam kemampuan.
Berkunjunglah,berkunjunglah,kepantai peranginan yang di idamkan.
Berkunjunglah.

LAGU PUISI 12 : SELOKA - TEDUNG

Anak dagang diperantauan.
Musim perayaan bergegas pulang.
Buat mengunjung keluarga tersayang.
Lepas berpuasa hingga sebulan.
Pantai indah menjadi kunjungan.
Berihat dichalet menjadi kemestian.
Lama masa chalet ditinggalkan.
Tanpa penghuni tanpa pemantauan.
Tedung melungsur menyusur pantai.
Hinggap dichalet untuk bersantai.
Selesa berlingkaran dibawah bantal.
Tidak kesedaran ajal hampir sampai.
Riang pengunjung tidak terkira.
Membuka chalet serta merta.
Terkuak luas biji mata.
Melihat tedung amat bisa.
Lari segera ketengah lapangan.
Mencari saudara meminta pertolongan.
Malang nasib tedung kehitaman
Mati dibunuh para insan.
Kisah tedung membawa pengajaran
Mengajar insan membuat pengamatan.
Bila bertandang dilaman orang
Jangan lupa firasat pedoman.

LAGU PUISI 13 : KESELAMATAN JALAN RAYA

Bila lintas jalan. Jangan main-main.
Lihat Kiri kanan toleh kebelakang.
Lima langkah memintas perlulah dipatuhi.
Jika tiada kereta. Barulah melintas.
Bila jalan kaki ikutlah laluan.
Lintasan belang ada dihadapan.
Bonceng motosikal pakai topi keledar.
Ikat ketat-ketat pastikan selamat.
Jalan raya kita tempat berbahaya.
Ikut peraturan,pastikan selamat.
Berhati-hati bila dijalanraya.
Jaga keselamatan tanggung jawab bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan