PUISI : KELIRU

Bahang dinamisme kerja semakin hangat. Lantunan aktiviti semakin meninggi. Reputasi personal semakin menyerlah.

Di dalam ribut sebegini ada jua yang terlerai dari tempias. Biarkan kerana itu adalah lumrah. Di dalam setandan kelapa tidak semuanya bersantan.

Pada setiap sudut orang membicara soal idea, soal ketangkasan, soal inisiatif kendiri, soal penampilan, soal pementoran, soal pengurusan, soal kepimpinan, soal transformasi, soal diversiti dalam PdP pun pelbagai elemen yang kekadang tidak terjangkau dilintasan jalur fikir.

Apakah ini semua?
Benarkah ini adalah sebuah realiti, atau sebuah fantasi?
KELIRU!
Ombak kerja terlalu melantun. Semuanya perlu dipantau, semuanya perlu dianalisis.
Untuk apa semuanya?.
Sanggar fikir amat bercelaru.

Betulkah nilai hakiki yang berlabelkan pertanggung jawaban terangkul didalam kitaran yang begini meluas?.
Untuk apa menjadi pencetus idea?
Untuk apa perlu bergegas ketengah laman dikala sang cengkerit belum lagi bangkit?.
Unuk apa perlu mendahulu membina tangkas diri?.
Untuk apa berinisiatif kendiri?
Untuk apa mempromosi diri dan membicara soal penampilan?
Untuk apa anak anak yang masih hingusan dipautkan didahan pementoran?
Untuk apa diintai lorong pengurusan?
Untuk apa dipacu elemen elemen kepimpinan?
Keliru. Amat keliru.

Putaran 360 darjah didalam mengatur langkah dan mencongak arah seolah bukan lagi bahan transaksi dipasar borong yang terkanun harganya dibawah status tawar menawar.

Sipemalu seolah telah dinafikan haknya untuk terus berselimut dibawah gebar selimut pemalunya.
Sipenangguh seolah telah diterjah jangan lagi mempertaruhkan cuaca redup sebagai alamat hari akan hujan.
Sipengharap seolah telah diherdik jangan lagi mengirim kunci pembuka gedung kepada SiTempang.
Sipenggemar beralasan seolah telah dikunci mulutnya berkhutbah merasionalkan tindak lakunya.

Lampu isyarat disedia, ada lambang hijau, kuning dan merah.
Bagaimana untuk berinteraksi dengan lampu itu tertakluk pada pacuan dalaman. Tiada tongkat diunjuk kalau tiada permintaan, tiada herdik jauh sekali maki hamun mahupun bicara yang menyinga bila bertembung aksi kealpaan, hanya teguran buat minda kembali sedar dihulurkan.

Setiap personal yang menggalas sarat kalimah keliru, dan menyayanginya, maka belayarlah kalian meredah samudera itu mengikut alur yang tenang tiada cabaran.
Kiranya pelayaran tersasau maka "kecil tapak tangan nyiru ditadahkan". Kembalilah keperut bahtera ini, biarlah kita telan bersama pahit maung perjuangan.
Yakinlah tiada yang ingin menyusahkan,malah segalanya untuk pembinaan sebuah menara bernama keteguhan.


.....EMRAZ/Sering/5.4.2014......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan