Laman Indah
Suasana Ceria. Ibubapa Ikut Bersegera, Mengejutkan Anak Dari Lena. Di dalam
Suasana Umbut Pagi, Mentari Masih Bersembunyi. Pada Segugus Kunci Berjalan Ia
Seakan Berlari, Membuka Pintu Gedung Bestari, Lantas Bergegas Menyapu Mencuci, Rasa
Puas Dihati Kerana Amanah Telah Dilangsai.
Di dalam
Cahaya Yang Masih Begitu Kelam. Sebuah Objek Hitam Telah Tersadai Di dalam
Gelanggang, Kelibat Empunya Tidak Kelihatan, Di mana Agaknya? Jawapan Pasti Tentunya
Di Medan Juang Mempersiap Segala Kelengkapan, Bukan Untuk Berperang, Tetapi
Buat Menyambut Para Tetamu Yang Amat Disayang, Anak Anak Warisan Yang Bakal
Berlabuh Seketika Nanti. Hidangan Buat Mereka Perlu Tersedia Agar Mereka Selesa
Meniti Arus Asuhan Minda. Tiada Lain Kepuasan Yang Dicari, Cukuplah Segalanya
Dengan Melihat Ceria Dan Hilai Tawa Anak Anak Yang Manja.
Dalam
Suasana Yang Masih Kelam, Telah Tersadai Sebuah Mobil Hitam Di Sudut Anjung Kiri
Laman Ini. Bergegas Empunya Ke Medan Selera Yang Penuh Bercahaya Sinaran Neon. Saat
Ini Kegelapan Masih Terasa Di Laman Luas. Anak Anak Yang Begitu Kemaruk, Lapar,
Dahaga Dan Gian Menimba Keseronokan Minda Di Medan Ilmu Wadah CMDP Perlu
Dibelai Giannya.
Kantong
Ususnya Perlu Dipastikan Berisi Dengan Nutrisi, Karbohidrat Untuk Tenaganya, Protein
Untuk Pembinaan Sel Selnya, Vitamin Untuk Merangsang Mindanya. Biarlah Aku
Berkorban Untuk Ini Semua. Pengorbanan Yang Sangat Menghiburkan. Betapa Puas
Rasa Dihati. Pabila Terpandang Raut Wajah Anak Anak Yang Girang Tampil Di medan
Ilmu Dengan Cukup Perbekalan. Keperluan Badan Dan Mindanya. Sesungguhnya Itulah
Sebuah Kepuasan.
Suatu
Realiti Yang Telah Menjadi Seakan Sebuah Fatwa "Kelambatan Adalah Suatu
Perkaitan Yang Amat Gah Bersama Kalimah Jauh. Fatwa Ini Seakan Ingin Dirungkai
Dan Dihumban Ke laut China Selatan Agar Ia Tidak Lagi Menjadi Pautan Insan Yang
Sering Lemas Di dalam Gelombang Kalimah "Jauh".
Dalam
Suasana Yang Masih Malam. Melungsur Laju Sebuah Objek Beroda Empat Menuju
Destinasinya. Tekad Adalah Membulat Empat Roda Ini Perlu Tiba Di pelabuhan
Sebelum Cahaya Suram Menghilang. Anak-anak perlu di isi
ususnya, perlu disegarkan mindanya.
Laman itu yang menjadi medan asuhan minda perlu diselenggara media penyiarannya. Perlu diaktifkan. Medan asuhan rohani juga perlu dipantau.
Laman itu yang menjadi medan asuhan minda perlu diselenggara media penyiarannya. Perlu diaktifkan. Medan asuhan rohani juga perlu dipantau.
Umbut Pagi Adalah Waktu Yang Sibuk. Biarlah, Kerana Kesibukan Ini Adalah Sebuah Penawar Bagiku.
Betapa Puas Dihati Ini
Pabila Melihat Suasana Pengurusan Berlangsung Dengan Amat Berkesan. Sesungguhnya
Tiada Bayaran Yang Mampu Menandingi Harga Sebuah Kepuasan Kerja
....Emraz / SK Seribong / 6 April 2014....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan