KOLEKSI PUISI EMRAZ


1.      KONTRA DUA DUNIA

Kedaerahan manusiawi dan haiwani,bersatu dalam gejolak nafsu dan tamak haloba.
Tetapi amat terasing didalam cita.
Tiada perlunya kejituan faham didalam mentafsir  seluruh alam didunia haiwani.
Cukuplah sekadar mengenal manakah batuan dan manakah daunan untuk santapan.
Visinya hanya satu, makan dihari ini untuk hidup dihari ini.
Sihat dihari ini untuk berseronok dihari ini. Tiada jasa yang dituntut, tiada budi yang diharap.
Tiada toleransi sebagai perantara penyambung antara budi dan jasa.
Kedaerahan manusiawi dan haiwani amat berkontradikasi
Unsur budi, unsur jasa, unsur toleransi yang tiada nilainya di dunia haiwani
Itulah unsur wahid yang menjadi asasi didalam pembinaan tamadun manusiawi.

2.    PERSONALITI

Pengenalan adalah imej yang menggambarkan objek.
Putaran penginterpretasian pengkaji akan berlegar dititik ini.
Pertama dalam proses interpretasi tentunya pada mencari nilai.
Dan nilai personal seringkali dikaitkan dengan selimut penampilan.
Hulurkan suatu pertanyaan kedalam diri kenapa disembunyikan segunong curahan keringat yang telah dihulur semata kerana teringat pepatah nenda
"Masuk bakul angkat sendiri".
Pepatah rang tua bukan instrumen untuk menafsir kelakuan organisasi.
Jalur kedua dalam putaran interpretasi berkisar dipautan komitmen.
Yang menjalin bertali-temali bersama cetusan idea,pembinaan gagasan, penstrukturan perancangan, kepelbagaian teknik dan strategi, pelan alternatif, dan tiada terkesamping isu wahid yang bernama VISI.
Kapal akan hanyut di samudera membadai kalau nakhoda tiada berkompaskan destinasi akhirnya
Daratan mana?,pelabuhan mana?biduk ini harus berlabuh.

Proses interpretasi akan terus melungsur melihat pada kesan dan bekas yang ditinggalkan sebagai buah tangan pemainnya.
Disinilah terbinanya sebuah istana bernama personaliti.
Personaliti tiada terpamer digaleri eksklusif mahupun awam, personaliti adalah bebas daripada proses transaksi dipasaran.
Tiada jualbeli pada sebentuk cincin bernama personaliti.
Ia perlu dicari dan dihayati.


3.    AKU INGIN MENJADI JUTAWAN

Pesan seorang teman.Rebutlah habuan kurniaan tuhan.
Tetapi kau ingatlah pesan ini.
Jangan kau lupa hulurkan sumbangan pada bani insan yang serba kekurangan.
Jangan kau gusar,khazanah tuhan tidak bersempadan,didunia yang luas terbentang.
Sedikit sumbangan tidak mengurangkan.
Kau teruskan pencarian tanpa bosan,dan kau akan bergelar jutawan selagi tidak meminggirkan pesan ini.Ketika kau disini,dialam sekolah ini,kau asuhlah mindamu berfikir ke hadapan.
Kau nyatakan pada minda mu aku ingin menjadi jutawan.
Kau tekuni pelajaran,kau terus timba ilham.
Minda mu terus aktif,ia kian kreatif,fikir mu kian tajam,pelajaran mu kian cemerlang.
Kawan mu masih dibaluti kekelaman,namun diri mu terus dihadapan.
Ingatlah kawanku,inilah pedoman,janganlah kau bosan jadikan minda mu sebagai teman.Ia tiada akan curang kepada mu selaku Tuan.Ia akan terus bekerja,hingga kau bergelar jutawan.

4.     SYAIR : KITA SUDAH BERJAYA

Sekolah Ini Telah Berjaya.
Setelah Penat Kita Berusaha.
Setiap Masa Fikirkan Caranya.
Tingkatkan 5a Itulah Agenda.

Syukurlah Kita Pada Yang Esa.
Usaha Kita Dirahmatinya.
Hendaklah Kita Tingkatkan Usaha.
Ditahun Ini Biarlah Berganda.

Budak Kita Terbukti Bertenaga.
Tiada Kurangnya Berbanding Mereka.
Biarlah Kita Tertinggal Lama.
Kini Bangkit Untuk Menebusnya.

Beringatlah Kita Jangan Lena.
Tahun Ini Penuh Bermakna.
Kalaulah Ada Yang Tidak Kena.
Merosot Kembali Ketempat Lama.

Semua Kita Mestilah Cakna.
Kerja Dirancang Dengan Sempurna.
Laksanakan Misi Dengan Sebaiknya.
Semoga Kita Kekal Disingahsana.

5.    SYAIR MEMBACA DAN MENULIS

Kalaulah kita ingin berjaya.
Pastikan diri pandai membaca.
Pandai menulis begitulah juga.
Jangan melewati darjah tiga.

Bersungguh belajar menulis membaca.
Peringkat awal tekunlah mengeja.
Mahirkan diri dengan sukukata.
Nescaya nanti mahir membaca.

Pabila mahir menulis membaca.
Sertailah acara pertandingan bercerita.
Pidato,sajak,juga serupa.
Ia melatih pintar berbahasa.

Diatas kertas ilmu tersurat.
Tersusun ia didalam ayat.
Bercermatlah membaca dan mencatat.
Barulah mencapai ilmu dihajat.

     Selesai membaca dan mencatat.
     Lihatlah soalan,cubalah menjawab.
    Pastikan ia tiada cacat.
    Hafalkan ia supaya ingat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan