SEJARAH PENUBUHAN SK SERIBONG

SK Seribong bermula dari sebuah Sekolah Rakyat Seribong yang diasaskan oleh Jawatankuasa Ibubapa Kampung Seribong yang diketuai oleh Tn. Haji Abdul Rahman Bin Wan Yusof pada tahun 1946. Pada awalnya, sekolah ini mempunyai 6 buah bilik darjah dengan bilangan guru seramai 5 orang. Guru Besar pertama ialah En. Yunus Bin Wan Ismail. Pada bulan Ogos 1948, sekolah ini diterima sebagai Sekolah Kerajaan. Dengan bilangan murid semakin ramai dan kawasan sekolah yang sempit, tapak sekolah sekarang dipilih untuk membina tapak sekolah baru yang lebih besar dan luas. Hasilnya pada tahun 1957, sebuah sekolah baru telah berjaya dibina hasil daripada gotong royong penduduk sekitarnya.

Pada tahun 1977, bangunan sekolah lama diubah suai kepada bangunan baru 2 tingkat yang mempunyai 7 bilik termasuk Pejabat, Bilik Pentadbir, Bilik Guru dan Kelas. Pada 1 Jun 1981 sekolah ini boleh digunapakai sepenuhnya. Terletak di atas tanah seluas 2 ekar 392 depa, SK Seribong mula mengorak langkah ke arah kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum dengan pertambahan 2 buah bangunan baru 3 tingkat dan menerima bilangan murid yang semakin ramai sehinggalah ke hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan